Latar belakang Sari Gamat.
Memasuki Tahun 2020, Marilah Bersama-Sama Kita Kembali Memelihara Anugerah Kesihatan Yang Allah Kurniakan..
Gaya Hidup Moden Hari Ini Menyebabkan Manusia Kurang Mengambil Pemakanan Yang Kaya Dengan Nutrisi Dan Akhirnya Mereka Mudah Jatuh Sakit. Memasuki Tahun 2020, Marilah Bersama-Sama Kita Kembali Memelihara Anugerah Kesihatan Yang Allah Kurniakan.
Allah Telah Menciptakan GAMAT Sebagai Salah Satu Haiwan Yang Berjalan Di Atas Perutnya Yang Telah Terbukti Melalui Kajian Saintifik Begitu Kaya Dengan Khasiat Sejak 5,000 Tahun Yang Lalu. Bangsa Cina Menganggap GAMAT Sebagai “Ginseng Laut”.
“Dan Allah Menciptakan Tiap-Tiap Haiwan Yang Bergerak Itu Dari Air; Maka Sebahagian Di Antara Mereka Menjalar Di Atas Perutnya, Dan Sebahagian Di Antaranya Berjalan Dengan Dua Kaki, Dan Sebahagian Lagi Berjalan Dengan Empat Kaki. Allah Menciptakan Apa Sahaja Yang Ia Kehendaki (Selain Dari Yang Tersebut), Kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Atas Tiap-Tiap Sesuatu”.
(An-Nur 24: 45)Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu. Jenama Ana ini diasaskan sejak tahun 1983 oleh Tuan Haji Othman Bin Omar bersama Puan Hajjah Esah Binti Omar yang merupakan isteri kepada beliau. Beliau merupakan seorang aktivis agama yang benar-benar meyakini bahawa demi menjaga kemaslahatan ummah, aspek ekonomi perlu diperjuangkan. Puan Hajjah Esah sehingga kini aktif mengingatkan pelapis baru agar sentiasa berpegang kepada visi dan misi asal gagasan Ana.
Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan pengedaran produk Muslim yang bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA. Pelbagai usaha giat dijalankan sejak dahulu lagi bagi menjamin kualiti produk keluaran Ana Edar Sdn. Bhd. Antara kejayaan yang telah berjaya dikecapi ialah pengiktirafan Halal daripada JAKIM dan juga pengiktirafan patuh syariah yang membuktikan proses penghasilan produk dan sistem pemasaran Ana Edar adalah Halalan Thoyyiban. Ana Edar Sdn. Bhd. yakin hasrat untuk menaiktarafkan kemampuan ekonomi ummah melalui perniagaan yang telus dan disinari ajaran Islam serta rangkaian produk yang halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn. Bhd. juga berhasrat menembusi pasaran halal antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam memartabatkan piawaian halal demi kepentingan ummah sejagat.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda sertai kami untuk mewujudkan kerjasama erat ke arah mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Mafhum firman Allah Taala, “... Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan (kebaikan) dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan..” Al-Maidah: ayat 2.
“Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami hasanah di dunia, dan hasanah di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka...” Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga sekelumit usaha yang sama-sama kita bangunkan dan usahakan mendapat keberkatan daripada Allah Taala.
Visi
Ana Edar Sdn Bhd merupakan program jualan langsung yang patuh syariah.Misi
Kami adalah syarikat berlesen MLM yang telah sah berdaftar sebagai syarikat yang menjalankan jualan langsung.Kami adalah syarikat yang menawarkan pelan pemasaran patuh syariah dan pendapatan yang memberi keuntungan melalui produk selamat, bersih, diuji dan terbukti kualitinya.
Kami juga tawarkan program pembangunan usahawan melalui sistem dan pembangunan yang berkesan kepada perkembangan perniagaan yang jitu dan berpanjangan.
Kami berusaha menyediakan pelan kewangan yang membantu keluarga untuk capai impian masing-masing.
